AHLI PARLIMEN BRITISH LANCAR USUL 1MDB

2017-07-20  |   鬼影狂刀

sponsored links


AHLI PARLIMEN BRITISH LANCAR USUL 1MDB

ANGGOTA Parlimen United Kingdom (UK) melancarkan "Early Day Motion" (EDM) untuk membahaskan skandal 1Malaysia Development Bhd di Dewan Rakyat.


sponsored links


Menurut notis usul yang diterbitkan pada Rabu, EDM mengenai 1MDB diletakkan sebagai perkara No. 212 dan kini mempunyai satu penyokong.

EDM iaitu cadangan usul yang diserahkan tanpa sebarang tarikh ditetapkan, dibuat Ahli Parlimen Parti Buruh Welsh Ann Clwyd, yang mewakili Lembah Cynon.

"Dewan ini bimbang mengenai tuduhan penyalahgunaan bermilion dolar daripada 1MDB, sebuah firma pelaburan milik negara yang bertujuan mempromosikan pembangunan ekonomi di Malaysia, termasuk Perdana Menteri Malaysia Najib Razak," kata Clywd dalam EDM.

"EDM sedar penyiasatan berterusan di beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat dan Switzerland dan menyatakan kenyataan Timbalan Pengarah FBI Andrew McCabe, berkaitan tindakan tunggal terbesar setakat ini oleh Inisiatif Aset Kleptokrasi Jabatan Kehakiman AS, yang rakyat Malaysia ditipu dalam skala cukup besar.


sponsored links


"EDM ingin membangkitkan sekatan berterusan terhadap kebebasan bersuara dan persatuan di Malaysia, serta penyalahgunaan Akta Hasutan, yang disasarkan terutamanya kepada pengkritik kerajaan, termasuk ahli politik pembangkang dan ahli Parlimen, seperti Anwar Ibrahim, yang dipenjarakan berikutan prosiding undang-undang jauh daripada piawaian antarabangsa, dan Ahli Parlimen Rafizi Ramli.

"Ia juga menggesa kerajaan Malaysia untuk membenarkan pemerhati antarabangsa, termasuk dari pelbagai negara Komanwel, pada pilihan raya umum akan datang, bagi menunjukkan komitmennya terhadap pilihan raya yang bebas dan adil, terutamanya memandangkan Malaysia akan mempengerusikan mesyuarat Komanwel pada 2020."

EDM itu juga mendesak Malaysia untuk memastikan dakwaan penyalahgunaan dana daripada negara itu yang digunakan untuk membeli aset di UK disiasat dengan terperinci.


sponsored links


Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman untuk menyita penthouse, bangunan pejabat dan pangsapuri di Stratton Street di London pada 7 Jun.

DoJ berkata ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho atau Jho Low membiayai pembelian itu bernilai kira-kira £77 juta (RM416 juta) daripada wang yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Pejabat di Mayfair yang dibeli pada harga £42 juta pada 2014 ialah ibu pejabat Myla, syarikat pakaian dalam British yang dimiliki Jho Low, kata DoJ.

DoJ juga memfailkan saman pada Julai 2016 memohon untuk menyita aset bernilai kira-kira AS$1 bilion (RM4.4 bilion) termasuk hasil karya seni dan hartanah di New York dan Los Angeles – yang dibeli dengan wang didakwa dicuri daripada 1MDB.

EDM ialah usul yang dibentangkan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat Britain di mana tiada hari ditetapkan. Memandangkan tidak ada masa yang dikhususkan untuk EDM, terlalu sedikit usulnya yang dibahaskan.


sponsored links


Menurut laman web Parlimen UK, EDM sering digunakan untuk merekodkan pandangan individu ahli Parlimen atau bagi menarik perhatian kepada acara atau kempen tertentu dengan topik EDM sangat luas.

Dengan menarik tandatangan ahli Parlimen lain, ia boleh digunakan untuk menunjukkan tahap sokongan ahli Parlimen terhadap tujuan atau pandangan tertentu.

Dewan Rakyat UK mempunyai 650 wakil rakyat. Persidangan pertama Parlimen sejak pilihan raya diadakan pada 8 Jun dan 22 Jun. Ia dijadualkan tamat hari ini. – 20 Julai, 2017.

只要發文或分享文章就可以賺錢,快點此 免费註冊 加入吧!
零成本,每天只要幾小時,就可以每月賺點美金。

sponsored links

你可能會喜歡

希望您能按個讚,讓我繼續為您發表更多好文章


sponsored links


sponsored links